Friday, January 30, 2009

Tips Perniagaan 2009


Assalmualaikum & salam sejahtera,

Semalam baru sahaja saya melancarkan blog ini khas untuk tatapan semua. Alhamdullilah ada juga yang sudi menjenguk blog ini. Terima ksih saya ucapkan. Jangan lupa untuk mengundi bagi topik minggu ini disebelah kanan tu :)

Daripada keputusan undi tu nanti, dapatlah kita tahu samaada orang ramai yakin atau tak yakin ataupun kurang pasti dengan program Ads4buck$.com ni. Daripada situlah nanti saya akan cuba menulis artikel-artikel yang lebih serius dan "panas" membuka minda anda semua dalam industri e-dagang dan yang berkaitan dengannya terutamanya bagi program ads4bucks.

Sebelum saya tuliskan artikel-artikel yang lebih serius, saya kira lebih baik saya mulakan dengan artikel yang lebih ringan hari ini. Kebanyakkan artikel-artikel ini saya petik dan kumpul daripada pakar-pakar serta pengalaman orang ramai dalam bidang berkaitan disamping sedikit sebanyak pandangan peribadi saya sendiri.

Ramai yang tanya, apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk perniagaan sempena tahun 2009 ni... Terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat ini.

Antara tips-tips tersebut ialah:

* Target "baby boomers" mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+

* Target produk "affordable" dan bukan "luxury". Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.

* Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office) seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.

* Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik

* Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom :)

* Pakar berpendapat, sistem perniagaan e-dagang ataupun mlm juga akan medapat perhatian pada tahun ini dan boleh memberi keuntungan. Yang penting pastikan program tersebut betul genuine @ boleh dipercayai dan sah disisi undang2 dan halal disisi agama.

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomi turun/naik.

Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.

Apakah program ads4bucks.com ini menepati tip2 perniagaan pada tahun baru ini. Tepuk poket tanya akal. Jangan tepuk dada tanya selera plak, nanti sakit dada tu, langsung takde selera :)

Almaklumlah dalam bulan ini sahaja 3 tahun baru kita sambut, iaitu tahun baru 2009, Maal-hijrah, dan Tahun Baru Cina. Selamat tahun baru kepada semua yang menyambut tahun baru. 'Baru' kah kita di tahun baru ini? :)

All the best dalam perniagaan 2009!

No comments:

Post a Comment