Wednesday, February 4, 2009

Tips Perniagaan 2009 episod 2


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Semua orang bercakap zaman ini adalah zaman muram untuk ekonomi dunia termasuk Malaysia, dan hampir semua industri bermasalah dalam situasi sekarang.

Contohnya:Pekerja banyak dibuang kerja atau diberikan cuti disebabkan syarikat mereka kerugian atau gulung tikar.

Agen-agen insurans dilanda musibah kerana orang sudah berkira-kira untuk mengambil insurans disebabkan kejatuhan insurans AIG (walaupun tidak berkait langsung dengan Malaysia, tetapi kebimbangan tetap ada).

Jualan kedai-kedai runcit atau restoran jatuh disebabkan pelanggan mula mengetatkan aliran perbelanjaan mereka.

Banyak lagi masalah yang timbul dalam berbagai industri dan masalah-masalah ini perlu dicari jalan penyelesaiannya.

Penyelesaian itulah bakal menjadi produk anda! Jika kita mengharapkan kerajaan atau pakar ekonomi untuk menyelesaikan masalah orang ramai, bermakna kita akan hanya menjadi pemerhati.

Lebih baik kita sendiri bertindak memberikan penyelesaian.

Sebagai contoh, adakah anda mahu menunggu kerajaan menyediakan pelan untuk membolehkan pekerja yang dibuang kerja tidur lena di malam hari?

Maka, sibuklah para menteri nanti perlu memikirkan ubat-ubatan dan cara psikologi yang dapat membantu tidur malam pekerja dibuang kerja.

Sudah tentulah kerajaan tidak akan menyediakan penyelesaian itu. Maka anda sendiri boleh memberi penyelesaian bagaimana untuk mengubat hati gundah gulana akibat dibuang kerja agar tidur malam tidak diganggu mimpi ngeri dibuang kerja.

Tahukah anda, begitu ramai golongan yang dibuang kerja diwaktu ini terutama di Amerika & Eropah.Saya percaya dengan penghasilan ebook “Nyenyakan tidur malam walaupun dibuang kerja” mampu mencatatkan jualan yang baik diinternet. :)

Nampak seperti sukar tetapi fikirkan tulisan saya ini. Huhu, saya bukan bercakap kosong, sudah ada IM luar negara yang membuatnya.


Pokoknya, anda perlu mencari masalah dan selesaikannya.


Yang terbaik ketika ini sudah tentulah satu program yang sedang hangat diperkatakan dan semakin bergegar yang akan mengegarkan seluruh Malaysia. Apa lagi kalau bukan ADS$BUCKS.COM


Dengan modal yang rendah dan tidak membebankan kita mampu menjana pendapatan dan mampu meningkatkan ekonomi keluarga kita


Pedulikan apa orang nak kata. Keputusan di tangan anda. Kalau kita sendiri susah takde sapa yang tahu. Kita dituntut untuk berusaha.


Risaukan perkara temeh kita tak kan maju.


Selamat maju jaya. ingat jalan mesti kedepan.. bukan kebelakang.


Usaha + Doa + Tawakal

Monday, February 2, 2009

Hotel De Palma Bergegar




Assalamualaikum & salam sejahtera.

Bertemu kembali setelah berehat di hujung minggu. Harap anda semua semakin sihat dan rancak "buat duit".

Preview Ads4bucks malam Sabtu lalu di De'PAlma, Ampang memang hebat. Dewan sampai tak muat2. ramai yang datang memberikan sokongan. Ini perkembangan positif. Maaflah pada yang terpaksa berdiri. Maklumlah 1st time buat kat KL.

Hampir semua top2 man ads4bucks ada pada malam tu. Program yang dipegerusikan oleh broder Azizul Kamis memang dahsyat. Suara dia jek satu Ampang bleh dengar :)

Yang hebatnya pada malam tu ialah CEO GIAB Resources @ tokey besar Ads4bucks iaitu En.Amir telah memperkenalkan kesemua teamnya yang menjadi tulang belakang bagi program Ads4bucks ni.

Ini kali pertama pada pengalaman saya Owner sesebuah program seumpama ini memperkenalkan kesemua "key person" terutamanya Programmer yang kira hensem lah juga tu... :) yang bertanggungjawab menyediakan system untuk program ini.

Jarang sekali dan saya kira tak pernah ada syarikat yang berani dan secara terbuka memperkenalkan programmer dan menunujukkan perjalanan sistem sebenarnya kepada khalayak ramai. Ini membuktikan program ini benar2 terbuka & telus. Tiada yang perlu diselindungkan. Tahniah buat team Ads4bucks.

Tahniah juga kepada AND Group yang menjadi penganjur untuk program pada malam itu. Hampir 80% yang hadir pada malam tersebut adalah dikalangan leader2 yang telah berjaya sebelum ini dalam program MLM dan Networking. Kalau mereka yang telah berpengalaman ini sendiri telah mengakui program Ads4bucks ini memang baik, apatah lagi kita yang baru berjinak2 dan baru melangkah dalan sistem perniagaan seumpama ini. Jadi lepas ni bertambah bergegar dan meletupler program ni di seluruh Malaysia.

Bak kata En. Amir "Program ini akan menjadi satu fenomena baru yang akan mengegarkan rakyat Malaysia". InsyaAllah.. Amin.

Saya ingin mengambil kesempatan ingin mengucapkan tahniah kepada En Azizul Kamis yang akan dianugerahkan pingat daripada Sultan Brunei yang bergelar Datuk. Tahniah Datuk Azizul Kamis. Teruslah memberikan sokongan dan support yang tidak terhingga. You are the best!!

Pada malam itu juga kesemua tetamu dihiburkan oleh penyanyi lagenda kita iaitu Rohana Jalil yang sudi berduet bersama-sama Datuk Azizul Kamis dengan menyampaikan 3 buah lagu yang memang sedap2 belaka. Tahniah juga kepada Rohana Jalil yang telahpun menjadi ahli ads4bucks. Lepas ni selalulah kita dapat dengar kak Rohana Jalil kita menyanyi.

Macam-macam cerita yang hangat akan ditulis didalam blog ini. Teruslah mengunjungi blog ini setiap masa. terima kasih kepada anda yang sedang membaca artikel yang saya tulis. Jumpa lagi!! Ads4bucks... KABABOOMMMM!!

Friday, January 30, 2009

Tips Perniagaan 2009


Assalmualaikum & salam sejahtera,

Semalam baru sahaja saya melancarkan blog ini khas untuk tatapan semua. Alhamdullilah ada juga yang sudi menjenguk blog ini. Terima ksih saya ucapkan. Jangan lupa untuk mengundi bagi topik minggu ini disebelah kanan tu :)

Daripada keputusan undi tu nanti, dapatlah kita tahu samaada orang ramai yakin atau tak yakin ataupun kurang pasti dengan program Ads4buck$.com ni. Daripada situlah nanti saya akan cuba menulis artikel-artikel yang lebih serius dan "panas" membuka minda anda semua dalam industri e-dagang dan yang berkaitan dengannya terutamanya bagi program ads4bucks.

Sebelum saya tuliskan artikel-artikel yang lebih serius, saya kira lebih baik saya mulakan dengan artikel yang lebih ringan hari ini. Kebanyakkan artikel-artikel ini saya petik dan kumpul daripada pakar-pakar serta pengalaman orang ramai dalam bidang berkaitan disamping sedikit sebanyak pandangan peribadi saya sendiri.

Ramai yang tanya, apakah tip-tip panas (hot tip!) untuk perniagaan sempena tahun 2009 ni... Terutamanya dalam keadaan ekonomi yang sedang gawat ini.

Antara tips-tips tersebut ialah:

* Target "baby boomers" mereka yang ramainya tidak effected dengan economy meltdown. Mereka adalah dalam lingkungan umur 50+

* Target produk "affordable" dan bukan "luxury". Sesuatu yang mampu dibeli dan bukan sesuatu yang untuk kemewahan.

* Mulakan perniagaan yang berkos rendah - kos permulaan dan overhead rendah. The best is Soho (small offcie, home office) seperti perniagaan Internet atau pun perniagaan perkhidmatan.

* Produk kesihatan (health & wellness) akan berada dalam permintaan tak kira ekonomi jatuh/naik

* Produk-produk organik juga antara trend baru perniagaan yang akan boom :)

* Pakar berpendapat, sistem perniagaan e-dagang ataupun mlm juga akan medapat perhatian pada tahun ini dan boleh memberi keuntungan. Yang penting pastikan program tersebut betul genuine @ boleh dipercayai dan sah disisi undang2 dan halal disisi agama.

Yang penting, dalam perniagaan, usahawan perlu kreatif supaya dapat mengubah approach perniagaan supaya dapat sustain tak kira ekonomi turun/naik.

Ubahkan pendekatan dengan cara menambahkan produk untuk target market baru, ubah cara promosi untuk mencapai pelanggan baru, ubah mesej perniagaan untuk mencapai pasaran yang baru.

Apakah program ads4bucks.com ini menepati tip2 perniagaan pada tahun baru ini. Tepuk poket tanya akal. Jangan tepuk dada tanya selera plak, nanti sakit dada tu, langsung takde selera :)

Almaklumlah dalam bulan ini sahaja 3 tahun baru kita sambut, iaitu tahun baru 2009, Maal-hijrah, dan Tahun Baru Cina. Selamat tahun baru kepada semua yang menyambut tahun baru. 'Baru' kah kita di tahun baru ini? :)

All the best dalam perniagaan 2009!

Thursday, January 29, 2009

Selamat Datang

Assalamualaikum...

Selamat datang ke blog adsforbuck$.

Terciptanya blog ini kerana merasakan bahang kehangatan gegaran program terkini dan tercanggih masakini yang di ilhamkan oleh sepasukan bijak pandai dan dibantu oleh ahli-ahli yang terbaik di Malaysia iaitu program Ads4bucks.com. Kemunculan blog ini akan dapat memberikan anda satu lagi medium untuk mendapatkan maklumat-maklumat dan perkembangan terkini mengenai program tersebut.

Blog ini juga diharapakan akan menjadi perantara diantara ahli-ahli ads4buck$ serta orang ramai dengan admin @ pihak pengurusan Ads4buck$ bagi membantu menyelesaikan apa sahaja masalah ataupun kemusykilan yang terdapat dari semasa dan semasa.

Blog ini juga akan dimuatkan dengan maklumat-maklumat serta mengenai perniagaan internet dan yang berkaitan dengannya bagi anda yang kurang mahir dan kurang paham serta ingin belajar dan berjaya dalam bidang tersebut yang sememangnya mempunyai keistimewaannya tersendiri.

Harus diingat, blog ini adalah blog peribadi dan tiada kaitan sama sekali dengan pihak pengurusan Ads4bucks.com @ GIAB Sdn Bhd. Usaha untuk mewujudkan blog ini adalah hasil daripada semangat ingin membantu dan menghangatkan lagi gegaran program ads4bucks dan menjadi ruang memberikan pandangan & berkongsi pengalaman yang saya ada.

Penyertaan anda didalam memberi komen-komen membina serta maklumat-maklumat terkini amat dialu-alukan. Jom kita gegarkan Malaysia dengan Ads4bucks!!!